Selepas Ramadhan

Bismillah...



Kita masih berada di bulan Syawal yang mulia dan sepatutnya diisi dengan seribu satu kegembiraan melalui ibadat-ibadat yang dianjurkan.

Taqaballu minna wa minkum


Semoga amalan kita semua yang telah kita usahakan di bulan Ramadhan diterima Allah sebaiknya. Semoga Syawal bukan menjadi medan untuk kita kembali kepada sifat-sifat mahmudah yang dibenci Ar-Rahman.

Sayangnya, Aspen baca banyak sangat luahan hati di sana-sini tentang rasa tak puas hati tuan-tuan rumah terhadap tetamu yang datang, rasa tak puas hati adik-beradik dan sepupu sepapat sesama sendiri.

Lebih menyedihkan, berakhir saja Ramadhan, Syawal terus menjadi bulan 'pertempuran', baik di media sosial mahupun secara berhadapan. Sayangnya...

Rugi kan?

Aspen berharap sesiapa yang berhajat untuk melaksanakan rumah terbuka, silalah betulkan niat terlebih dahulu. Laksanakan demi mengharapkan keredhaan Allah. Insya Allah, kita akan berlapang dada atas sebarang dugaan yang mendatang bersama majlis rumah terbuka tersebut.

Bersedialah terhadap sebarang kemungkinan sekiranya ada barangan bernilai kita pecah, hilang, kotor dan sebagainya. Menganjurkan rumah terbuka itu adalah keinginan kita sendiri maka redha la dengan sebarang sikap yang ditunjukkan para tetamu terutamanya kanak-kanak.

Usahlah kita memarahi, mengumpat dan mengeji mereka sesudah mereka pulang. Redha la...Allah akan redha pada kamu. Kemungkinan yang datang itu bukan sekadar kanak-kanak nakal, saudara-mara yang malas, atau sepupu-sepapat yang selekeh, tetapi yang datang itu adalah ujian dari Allah.

Syawal masih berbaki...marilah kita laksanakan puasa sunat Syawal dan berusahalah beristiqamah dengan segala bentuk kebaikan yang kita usahakan di bulan Ramadhan.

Salam Sayang
Aspen

No comments:

Post a Comment

Love to Hear From U