Ben 10

Bismillahirrahmanirrahim...

Along kan darjah 1. Last few weeks, Aspen dan En.Hubby ke sekolah untuk Hari Prestasi Pelajar. Memang berpinau sikit Aspen menengok kan keputusan prestasi Along. Bukan nya apa, sebab Aspen tak faham. Terkejut Aspen bila Along dapat 2 Ben1!! Tapi tak sempat Aspen bertanya, Cikgu kelas Along dah cepat2 bulatkan nombor 1 tu.

"Maaf ye Puan, ini bukan sebab Danial tak ok subjek ni...tapi sistem problem sikit." Terang cikgu...

Ooooo...Aspen jawab dalam hati "Oo...boleh pulak camtu ye"

Kemudian Aspen tengok pulak nombor 2. Ish, takkanlah subjek Agama Along dapat Ben2....Along memang (errr...tak puji ye) bab2 matapelajaran Agama dia takde masalah malah Aspen bolehlah kata dia cemerlang, sebab dia cemerlang di sekolah KAFA.

Sekali lagi cikgu menerangkan....


"Ini pun bukan kerana Danial tak up to level Puan, tapi sebab sillabus tak sampai lagi ke ben 3 dan ke atas" terang cikgu dan kali ni memang Aspen terkulat-kulat.

Hadoiyaiii....Aspen tak faham sungguh lah sistem ben ben ben ni.

Aspen tau Ben10 je.

Cikgu kelas Danial pulak asyik kata "Ok, dia ok, dia bagus, Danial ni sopan, Danial dia lancar membaca, dia duduk diam...." Waaaaa....bagus betul anak ibu ye....

En. Hubby yang tak puas hati tanya

"Jadi cikgu...apa kekurangan Danial yang kami boleh tolong dia untuk improve?"

Waaaa.....Aspen bangga dengan En. Hubby

"Err....tulisan dia buruk!"

Haaa!!! Hehehhehehhee......kui kui kui.....tergelak Aspen dan En. Hubby.

No comments:

Post a Comment

Love to Hear From U