"Usah berdoa agar Allah permudahkan hidupmu kerana hidup ini sememangnya banyak ujian bagi orang-orang yang beriman, tetapi berdoalah supaya Allah menjadikan dirimu lebih tabah"

Maafkan Kami

Bismillahirrahmanirrahim....

Aspen mewakili krew Mylovelicious dengan rendah diri memohon maaf kepada sebilangan pelanggan yang tidak mendapat respon ke atas sales inquiry mereka.

Kami akan sedaya-upaya meningkatkan tahap kecekapan kami demi anda yang kami hormati.

Salam buat semua....

Jangan Dengar Cakap Tun M

Bismillahirrahmanirrahim...

Aspen seriously tak suka citer politik dalam blog Aspen yang khusus untuk orang-orang yang kiut dan best.

Tapi Aspen gatal tangan nak jadi keyboard-warrior gak berdasarkan isu "Kritikan Tun M"

Aspen betul-betul tak puas hati lah.

Tun M tidak sepatutnya mengkritik kerajaan PM Najib kerana Tun M hanya berjaya membawa Malaysia kemata dunia sedangkan PM Najib berjaya membawa Obama ke Malaysia!

Tun M juga tidak ada ilmu yang tinggi untuk mengkritik walaupun beliau telah berjaya mentadbir Malaysia tanpa GST selama lebih 2 dekad!! Memang Tun M tidak patut bersuara. Lagipun GST sangat baik untuk rakyat kerana 90% barangan di pasaran dinaikkan harga sebanyak 6% dan setiap sorang rakyat tak boleh tak bayar cukai. PM Najib tak macam Tun M. PM Najib telah mengajar rakyat Malaysia untuk bersedekah!

Tun M tidak boleh mengkritik PM Najib atas pemberian BRIM kerana pemberian BRIM sangat telus sehinggakan ada yang datang mengambil BRIM dengan menaiki kereta-kereta mewah bergaya. Jika dibandingkan dengan Tun M, Tun M hanya mementingkan kroni, tidak memberi BRIM dan hanya memberikan pelbagai jenis subsidi kepada semua rakyat Malaysia.

Sanggup Tun M mengkritik PM Najib sedangkan PM Najib dah buat macam-macam untuk Malaysia!! PM Najib dah beli jet berjuta tau! Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan Tun M yang hanya mampu membina KLIA, KLCC, KL Tower, Putrajaya, hantar Angkasawan ke bulan dan bina Litar Sepang. Apalah sangat semua tu....(geleng-geleng kepala).

Sebagai rakyat Malaysia, Aspen sangat-sangat gembira kerana PM Najib lebih ramai pengampu-pengampu tegar yang sentiasa membuatkan PM Najib rasa beliau sangat betul walaupun di bawah ni rakyat meraung-raung dengan tekanan ekonomi dan harga rumah melambung. Tapi bak kata pengampu-pengampu...bukan salah PM lah!

Harga rumah dah nak naik...naik ajerlah kan. Kalau tak mampu beli rumah, menyewalah! Rumah-rumah kat Malaysia ni boleh jual pada orang Singapore. Tun M mana pandai cari duit macam ni. Waktu zaman Tun M kebanyak rumah bawah 200k je...ish, mana boleh untung besar. Rumah PKNS plak lagilah murah...tak boleh macam tu Tun M. Cuba tengok rumah PKNS di Setia Alam Selangor...haaa...baru betul mampu milik tu!!!

Jadi, pendek kata...Aspen sangat bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak yang seronok melambung PM baru-baru ni....

"Jangan Dengar Cakap Tun M"


GST : Cara-cara Berjimat

Bismillahirrahmanirrahim...

Buatlah iklan macammana pun, promo lah sungguh-sungguh pun, GST tetap akan menyebabkan kenaikan harga dan END USER merupakan pihak yang akan menangung beban kenaikan 6% tu. Lebih teruk, peniaga bukan setakat naikkan 6%, 16% pun ada...haaa hamikk.

Kerajaan senaraikan beratus-ratus barang yang ZERO Rated, tapi belum pun 1 April ikan, ayam, lembu, kambing, sayur bayam, sayur kangkung, terung, belacan semua pun dah naik harga. Apakah??!!

Ok, terbebel panjang.

Benda dah jadi, nak lawan pun tak boleh, so kita guna cara yang kita boleh ajer la. Sebagai pengguna, kita kena semak semula perbelanjaan kita.

Aspen senaraikan tips yang Aspen sendiri dah start guna dan insyaAllah akan gunakan.


Home Renovation - Apa Perkara Asas?

Bismillahirrahmanirrahim...

This week Aspen nak bercerita tentang "Home Make-Over" Rumahku Syurgaku.

Anyway, please don't take me wrong ok. It's not kind of showoff yea...It's more on sharing my experiences. Probably there are readers out there whom are also planning to makeover their house so then my experience could be a little bit guideline to them.

1. Budget + 100% Top Up

Perkara paling asas...

"Ada duit tak nak buat renovation?"

Aspen tahu, kalau boleh masuk je dalam rumah yang dibeli terus nak renovate. Boleh jugak, caranya...deal dengan seller jual dengan rega 10% lebih tinggi dari harga sebenar. Pastu 10% KWSP tu buat renovation. Kira 100% loan la ni.

Cara lain...refinance rumah. Jangan ambil cukup2 duit tu, lebihkan sikit dan lebihan ni jadikan modal makeover.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...